Wednesday, March 27, 2013

Harga & Sinopsis Novel M.A.I.D.


SEM.MALAYSIA     :RM26
SABAH/SARAWAK :RM29

Sinopsis novel :

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawar jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).

Daraipada berbalas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. sipa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cintaMr.F, Nurina - bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini?
'Kuali'? 'Sudip'?

Tuesday, March 26, 2013

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2012

Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Kami harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda memilih biasiswa yang paling sesuai untuk anda.


Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2012

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
Biasiswa Petronas, Malaysia
Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
Biasiswa FELDA, Malaysia
Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
Biasiswa Sime Darby, Malaysia
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
Biasiswa Maybank, Malaysia
Biasiswa Proton, Malaysia
Biasiswa Shell, Malaysia
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Biasiswa New Zealand Commonwealth
Biasiswa Singapura
Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
The UEM Scholarship Programme
Biasiswa Romania
Biasiswa Taylor’s World Class
Biasiswa Astro
Program Penajaan Pendidikan Petronas
Hong Leong Foundation Scholarship Programme
British Council IELTS Scholarship
The Titijaya Scholarship Fund
Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
Biasiswa Yayasan TM
AMCHAM-MACEE Scholarship Program
Limkokwing Scholarship Award
Gamuda Scholarship Award
Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
The Star Education Fund
Securities Commission Malaysia Scholarship Award
Program Tajaan Khazanah Global
Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
Sin Chew Daily Education Fund
ASEAN Scholarships for Malaysia
Genting Scholarship, GENM
IJM Scholarship
Biasiswa Dato' Onn

Contoh Surat Rayuan Ke MRSM


Ali Bin Sukaime

PPD 79, Parit Punggur Darat,

Jln Sri Tanjung, 84150 Muar,

Johor.


Pengarah

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                                   4 Mac  2013


Tuan/Puan,


Perkara : Rayuan Kemasukan ke  MRSM  Tingkatan 1 2013


Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2013.



2.            Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat sekolah,  sukan olahraga peringkat daerah, Saintis Muda peringkat negeri, Kuiz Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat zon dan Essay Writing peringkat zon.  



3.            Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang terakhir mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan anak sedara saya bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah habis belajar di MRSM.




4.            Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif  dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang terakhir ini dapat masuk ke MRSM Serting.



5.            Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

                               

                Nama Pemohon    : Muhammad Aizat Bin Ali

                Sekolah                    : Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, Muar, Johor

                No.Sijil Lahir            : AP*****

                No. K/P                     : 000226-01-****

                Angka Giliran          : JF1291008

                MRSM dipilih          : MRSM Serting, Negeri Sembilan



6.            Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.



Sekian, terima kasih.


Yang Benar,


………………………………………

(      ALI BIN SUKAIME    )

Sepucuk Surat Daripada Kawan

Ini merupakan hasil kumpulan aku walaupun 90% aku yang buat tapi nak wat cam ner redha jer lah...Kami mendapat markah 8/10 ..so sesiapa yg malas nak pikir2 bleh lah tiru hasil kerja aku n kumpulan aku...

BIASISWA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM!!!

Sesiapa yang baru habis SPM, boleh lah try mohon biasiswa nie.....ada untuk universiti dalam dan luar negara.....mana tahu ada rezeki........malas?...jangan....cuba dahulu baru tahu :)

MAYBANK SCHOLARSHIP

SIME DARBY SCHOLARSHIP

YAYASAN KHAZANAH SCHOLARSHIP

Ada banyak lagi scholarship yang ditawarkan ....aku malas dah nak taip....hahaha....pergi jer ke laman web ni       ... korang klik jer ....:- www. scholarshipmalaysia.com

Wednesday, March 13, 2013

PEMAKAIAN BEDAK 2 WAY FOUNDATION MENGGUNAKAN SPAN BASAH


PEMAKAIAN BEDAK 2 WAY FOUNDATION MENGGUNAKAN SPAN BASAH

1. lalukan span kat air.
2. perah span sehingga jadi lembab
3. tepekkan pada bedak padat kemudian sapu di muka. sapuan adalah secara tepek dan menarik sikit demi sedikit
4.buat beberapa kali sehingga rasa sudah cukup cover satu muka

5.kemudian, ambil span kering.
6.sapukan ke bedak padat macam biasa dan sapu di muka menjadikan kulit nampak halus dan gebu.

span basah adalah jenis seperti ini


span ni banyak di jual di guardian, watson  atau kedai2 2 ringgit pun melambak.



Cara pakai, sila tengok video ni.






atau

Tuesday, March 5, 2013

SUNGAI DALAM LAUT!!!



Korang mesti pernah dengar cerita pasal dalam laut ada sungai......perghhhh mcm tak logik kan?? tapi dalam Al- Quran ada menyebut 
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
jadi kejadian ini tak pelik bagi orang islam kerana ia telah dinyatakan dalam Al- Quran pun....semua pun tahu kan segala rahsia alam terkandung dalam Al-quran....Allah S.W.T berkuasa untuk membuat segala-gala yang mustahil untuk kita berfikir bahawa tiada sesuatu yang mustahil bagi Nya......

ok berbalik cerita pasal sungai dalam laut tu iadi temui oleh  Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Pengkaji ada mengkaji sungai tu dan sesetengah  pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai…confirmation belum pasti...tapi apa-apapun... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. ...Dia masih bagi peluang untuk ciptaanNya boleh dikaji menjadikan ianya ilmu sains baru kepada manusia

BURUNG CENDERAWASIH


Korang mesti pernah dengar pasal burung cenderawasih.....ada kata dari langit...makan awan.....telur atas awam.......tapi kita sebagai seorang yang educated perlu ker terima kenyataan ini bulat bulat? kita diberi pilihan untuk mencari jawapan secara research......dalam hidup ni....segala jawapan mesti dimulakan dengan research......kalau ianya adalah benda ghaib pun kita still buat research dalam Al- Quran....membaca Al-Quran dengan membuat research dalam Al-quran lain tau.....sebab tu saintis yang masuk islam...dia bukan baca Al-Quran semata-mata, tapi ia mengkaji Al-Quran.....seperti membuat research lah tu..........

ok berbalik cerita cenderawasih ni.....penyelidik telah mencari jawapan kepada semua cerita2 yang timbul mengenai burung ini


Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati auta! kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!!  kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mane kisah dongeng ini bermula??
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberape lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. 

haaaaaaa........so, lepas ni kalau ada org cerita pasal cenderawasih asal kayangan...tolong beritahu kebenaran ini kepada mereka ok. Ini semua bagi mengelakkan kita jadi syirik kerana mempercayai sesuatu perkara yang melampau batas islam. 


p/s: aku dah lama teringin nak tengok burung ni secara live.....bila agaknya ia nak jatuh depan rumah aku.... lol

SEJARAH TERCIPTANYA KOMPUTER

sekarang ni aku tengah guna komputer...korang pun kan....guna tapi tak tau sejarah komputer....patut ker...marah komputer say....hahahaha korang baca ni :

 Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.
 

Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan  mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
 

George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
 

Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
 

Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untukmenyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnyaJ. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford BerryAtanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). ManakalaMauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.


PERMULAAN ERA KOMPUTER.
 Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
 Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer tersebut digelar ABC(Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator)  pada tahun 1945. ENIACboleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkanUNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1(bahasa peringkat rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam“microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
 Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui  resistor bagi menggantikan tiub-tiub vakum/hampagasTransistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8IBM 7090IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam“microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
 Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan  perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE IIIBM PCSinclairdan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”.Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang.Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
 Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar mikropemproses(microprocessor). Mikropemproses mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486(mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat)Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat)Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat)Cip Intel Pentium Pro MMXCyrixAMDPentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
 Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.


ok dah baca kan...so terfikir tak kenapa kita tak pernah terfikir macam mereka? kenapa kita terfikir hanya untuk mengguna bukan untuk mencipta benda2 macam tu? .................