Tuesday, March 5, 2013

BURUNG CENDERAWASIH


Korang mesti pernah dengar pasal burung cenderawasih.....ada kata dari langit...makan awan.....telur atas awam.......tapi kita sebagai seorang yang educated perlu ker terima kenyataan ini bulat bulat? kita diberi pilihan untuk mencari jawapan secara research......dalam hidup ni....segala jawapan mesti dimulakan dengan research......kalau ianya adalah benda ghaib pun kita still buat research dalam Al- Quran....membaca Al-Quran dengan membuat research dalam Al-quran lain tau.....sebab tu saintis yang masuk islam...dia bukan baca Al-Quran semata-mata, tapi ia mengkaji Al-Quran.....seperti membuat research lah tu..........

ok berbalik cerita cenderawasih ni.....penyelidik telah mencari jawapan kepada semua cerita2 yang timbul mengenai burung ini


Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati auta! kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!!  kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mane kisah dongeng ini bermula??
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberape lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. 

haaaaaaa........so, lepas ni kalau ada org cerita pasal cenderawasih asal kayangan...tolong beritahu kebenaran ini kepada mereka ok. Ini semua bagi mengelakkan kita jadi syirik kerana mempercayai sesuatu perkara yang melampau batas islam. 


p/s: aku dah lama teringin nak tengok burung ni secara live.....bila agaknya ia nak jatuh depan rumah aku.... lol

0 comments:

Post a Comment