Tuesday, March 26, 2013

Contoh Surat Rayuan Ke MRSM


Ali Bin Sukaime

PPD 79, Parit Punggur Darat,

Jln Sri Tanjung, 84150 Muar,

Johor.


Pengarah

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur                                                                                                                                   4 Mac  2013


Tuan/Puan,


Perkara : Rayuan Kemasukan ke  MRSM  Tingkatan 1 2013


Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2013.



2.            Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat sekolah,  sukan olahraga peringkat daerah, Saintis Muda peringkat negeri, Kuiz Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat zon dan Essay Writing peringkat zon.  



3.            Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang terakhir mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan anak sedara saya bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah habis belajar di MRSM.




4.            Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif  dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang terakhir ini dapat masuk ke MRSM Serting.



5.            Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

                               

                Nama Pemohon    : Muhammad Aizat Bin Ali

                Sekolah                    : Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, Muar, Johor

                No.Sijil Lahir            : AP*****

                No. K/P                     : 000226-01-****

                Angka Giliran          : JF1291008

                MRSM dipilih          : MRSM Serting, Negeri Sembilan



6.            Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.



Sekian, terima kasih.


Yang Benar,


………………………………………

(      ALI BIN SUKAIME    )

0 comments:

Post a Comment